- Wartawan Nabalu News
Covid-19: Kluster Hamparan 2 - Kinabatangan melibatkan kluster tempat kerja

26 Ogos 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini dikenali sebagai Kluster Hamparan 2 - Kinabatangan melibatkan kluster tempat kerja di sebuah ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pembantu klinik, wanita, 24, di ladang tersebut yang disahkan positif Covid-19 pada 18 Ogos 2021, setelah bergejala sejak 12 Ogos 2021.
“Kes indeks telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya.
“Daripada 77 kontak yang disaring, terdapat 20 lagi kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut dijangkiti Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 21 kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Masidi berkata, siasatan, persampelan Covid-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain