• Wartawan Nabalu News

COVID-19: KLUSTER SRI GAYA, KLUSTER BAHARU DI SABAH


28 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kluster Sri Gaya dikenalpasti sebagai kluster baharu di Sabah melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks bagi kluster itu (iaitu kes ke-14153) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 16 lagi kes positif Covid-19.

“Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini.

Noor Hisham berkata, sehingga 28 Oktober (hari ini), 12 tengah hari, sejumlah 64 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif, 11 kes baharu dan 47 individu dikesan negatif.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com