COVID-19: KLUSTER TELUK BERKAITAN PEKERJA TAPAK PEMBINAAN DI LIKASCOVID-19: KLUSTER TELUK BERKAITAN PEKERJA TAPAK PEMBINAAN DI LIKAS
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: KLUSTER TELUK BERKAITAN PEKERJA TAPAK PEMBINAAN DI LIKAS


12 NOV 2020

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Satu Kluster baharu dikenalpasti hari ini iaitu Kluster Teluk mencatatkan sebanyak 30 kes, berkaitan pekerja tapak pembinaan di Teluk Likas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan di tempat kerja pada 9 dan 10 November baru-baru ini.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 27 lagi kes positif Covid-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Bangunan Kompleks Sukan Likas.

“Sehingga 12 November (hari ini) jam 12 tengah hari, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif (27 kes baharu); 97 individu dikesan negative dan satu individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Noor Hisham berkata, satu kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini di Tawau, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 303 kes atau 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes kematian itu membabitkan seorang lelaki bukan warganegara berumur 66 tahun, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tawau.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page