- Wartawan Nabalu News
COVID-19: KLUSTER TOMBOVO PUTATAN CATAT 18 KES

5 JAN 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sebanyak 11 kluster baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini dan satu daripadanya melibatkan daerah Putatan, dikenali sebagai Kluster Tombovo.
Kluster Tombovo mencatatkan sebanyak 12 kes menjadikan jumlah kumulatif 18 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-117629) dilaporkan positif Covid- 19 pada 3 Januari lalu hasil saringan individu bergejala.
Sehingga 5 Januari (hari ini), sejumlah 97 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.