COVID-19: LAPAN KEMATIAN, 389 KES BAHARU DILAPORKAN DI SABAHCOVID-19: LAPAN KEMATIAN, 389 KES BAHARU DILAPORKAN DI SABAH
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: LAPAN KEMATIAN, 389 KES BAHARU DILAPORKAN DI SABAH



14 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 15 kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini di seluruh negara dan lapan daripadanya di Sabah.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes kematian itu masing-masing tiga di Lahad Datu, dua di Penampang dan masing-masing satu di Papar, Kota Kinabalu dan Tuaran.


Beliau berkata, jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah pula sebanyak 389 kes, menurun 61 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif 42,288 kes.


“Daripada jumlah kes baharu yang direkodkan, 281 kes (72.3%) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 68 kes (17.5%), saringan kluster-kluster sedia ada 8 kes (2%) dan 32 kes (8.2%) adalah dari lain-lain kategori,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daerah Kota Kinabalu masih mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 105 kes, diikuti Penampang (41 kes), Sandakan dan Tawau masing-masing 36 kes, Lahad Datu (28 kes), Keningau (22 kes), Putatan (18 kes), Tambunan (15 kes), Kunak (13 kes), Papar (12 kes).


“Kinabatangan, Sipitang dan Kota Marudu masing-masing lapan kes, Kota Belud dan Beaufort masing-masing tujuh kes, Kudat dan Tuaran masing-masing enam kes, Semporna (lima kes), Tenom dan Pitas masing-masing dua kes, Kalabakan, Ranau, Beluran dan Telupid masing-masing satu kes.


“Tiga daerah tidak mencatatkan kes baharu iaitu Kuala Penyu, Tongod dan Nabawan,” katanya.

Beliau berkata, hari ini seramai 276 pesakit Covid-19 sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 38,240 orang.


“Sejumlah 2,886 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 766 orang di hospital dan 2,120 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 73 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


Masidi berkata, Hospital Kudat beroperasi semula sebagai hospital Coid-19 bermula kelmarin (13 Januari), menjadikan jumlah hospital Covid-19 di Sabah sebanyak 9 buah hospital, manakala PKRC kekal 38 buah.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page