COVID-19: LELAKI BERUSIA 130 TAHUN MENINGGAL DUNIA COVID-19: LELAKI BERUSIA 130 TAHUN MENINGGAL DUNIA
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: LELAKI BERUSIA 130 TAHUN MENINGGAL DUNIA



29 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, maklumat mengenai latar belakang lelaki berusia 130 tahun yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tuaran, diperolehi daripada kaum keluarga arwah dan pihak berkuasa tempatan.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat mengenai latar belakang arwah telah diperolehi daripada kaum keluarga dan juga pihak berkuasa tempatan memandangkan arwah tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan diri yang sah.


“Kematian arwah telah disahkan oleh Hospital Tuaran,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Kelmarin empat kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Sabah masing-masing satu di Hospital Tuaran, dua di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan satu kes kematian dilaporkan di Hospital Tawau.


Hari ini Sabah mencatatkan satu kes lagi kematian, melibatkan seorang wanita bukan warga negara berumur 53 tahun mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page