Covid-19: Majlis hari jadi di Ranau cetus kluster baharu Covid-19: Majlis hari jadi di Ranau cetus kluster baharu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Majlis hari jadi di Ranau cetus kluster baharu


26 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster Covid-19 baharu dipercayai berpunca daripada majlis hari jadi telah dilaporkan di Ranau hari ini.


Kementerian Kerajaan Tempataan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata kluster tersebut yang dikenali sebagai Kluster Kimolohing adalah diketogorikan sebagai kluster jenis komuniti.


“Kes indeks merupakan lelaki tempatan, yang dikesan positif pada 18 Oktober dan berdasarkan siasatan awal, kes indeks mengadakan majlis sambutan hari jadi pada 12 hingga 14 Oktober di rumahnya.


“Kemudian pada 16 Oktober, kes indeks juga menghadiri majlis hari jadi di rumah saudaranya,” katanya di dalam satu kenyataan akhbar.


Ujarnya, indeks kes mula bergejala sejak 17 Oktober dan telah menjalani saringan pada hari berikutnya dan didapati positif.


“Justeru saringan kontak rapat telah dilakukan dan seramai 48 orang daripada lokaliti yang sama didapati positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 49 kes.


“Bagaimanapun, punca jangkitan sebenar masih dalam siasatan,” jelasnya lagi.

bottom of page