Covid-19: Pelajar asrama IPG Tuaran cetus kluster baharuCovid-19: Pelajar asrama IPG Tuaran cetus kluster baharu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Pelajar asrama IPG Tuaran cetus kluster baharu


8 Dis 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Seorang pelajar wanita Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Baru Tuaran telah mencetuskan satu kluster Covid-19 baharu di Sabah pada hari ini.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster tersebut dikenali sebagai Kluster Jalan Tuaran Bakut.


“Kes indeks ialah pelajar wanita, warga tempatan, 20, yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian PCR pada 27 November 2021 dalam saringan bergejala.


“Saringan kontak rapat dan saringan bergejala ke atas 134 orang mendapati 26 kes positif, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 27 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.


Menurut Masidi, punca jangkitan masih dalam siasatan, walau bagaimanapun perebakan jangkitan disyaki berpunca daripada aktiviti pergaulan pelajar di asrama.


Manakala, jumlah kes Covid-19 di Sabah hari ini telah mencatatkan sebanyak 322 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 236,046 kes.


“Sebanyak lima kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Ranau, Lahad Datu, Sipitang, Kota Marudu dan Penampang.


“Bilangan pesakit yang sembuh pada hari ini ialah 321 termasuk yang discaj dari hospital, menjadikan jumlah kumulatif 226,330 orang,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page