Covid-19: Sabah catat 1,176 kes baharu hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat 1,176 kes baharu hari ini


11 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan Covid-19 baharu di Sabah pada hari ini ialah 1,176 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 358,222 kes.


Menurut Menteri Kerajaan Tempataan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun, secara perbandingan hanya 12 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini.


“Perubahan jumlah kes harian berbanding sebelumnya adalah pada pada julat yang kecil kecuali di Kota Kinabalu (+91) dan Penampang (+74) yang mencatatkan peningkatan yang agak tinggi dan di Beaufort (-58) dan Sandakan (-47), yang menunjukkan penurunan yang agak signifikan.


“Kita boleh simpulkan bahawa, peningkatan dan penurunan kes harian dibeberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran banyak mempengaruhi jumlah kes harian yang dilaporkan setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambah Masidi, sebanyak 64.54 peratus daripada semua kes hari ini merupakan kes jangkitan sporadik dan penyumbang utama kes-kes baharu adalah di 24 daripada 27 daerah di Sabah.


Sementara itu, satu kluster institusi pendidikan diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Terusan yang melibatkan lokaliti di SMK Terusan, Lahad Datu. Baki kluster yang masih aktif diseluruh Sabah ialah 29 kluster.


“Tiga daerah mencatatkan kes tiga angka hari ini iaitu Kota Kinabalu dengan 356 kes, Penampang dengan 139 kes dan Papar dengan 105 kes.


“Sebanyak 18 daerah lagi mencatatkan kes dua angka dan enam daerah pula mencatatkan kes satu angka iaitu Kinabatangan, Nabawan, Kunak, Tongod, Semporna dan Kalabakan,” jelasnya.


Manakala, sebanyak 1,154 atau 98.13 peratus daripada 1,176 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, sembilan kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5.


Sebanyak lima kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes di daerah Keningau dan masing-masing satu kes di Kota Kinabalu, Ranau, serta Beaufort.

bottom of page