Covid-19: Sabah catat 101 kes baharu hari ini
top of page
  • nabalunews

Covid-19: Sabah catat 101 kes baharu hari ini


15 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah catat sebanyak 101 kes baharu Covid-19 pada hari ini, iaitu penrunan sebanyak 21 kes berbanding semalam.


Jurucakap Covid-19 Sabahm Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 13 daerah mencatatkan penurunan jumlah jangkitan berbanding tujuh daerah yang mencatatkan pertambahan kes baharu.


“Tujuh daerah lagi kekal sebagaimana catatan semalam. Tidak ada kes jangkitan baharu di lima daerah, iaitu Kinabatangan, Sipitang, Pitas, Kalabakan dan Kudat.


“Tiga daerah mencatatkan kes dua angka hari ini, iaitu Kota Kinabalu 33 (- 10), Penampang 14 (+10) dan Sandakan 10 (kekal).


“Sebanyak 19 daerah mencatatkan kes harian satu angka di mana lapan daripada daerah-daerah tersebut hanya merekodkan satu kes baharu,” katanya dalam satu kenyataan.


Sementara itu, Masidi juga mengingatkan bahawa risiko jangkitan kekal tinggi dengan peratusan jangkitan sporadik pada 58.4 peratus.


Jelas beliau, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah menamatkan Kluster Jalan Tambalang, Tuaran hari ini.


“Ini bermakna tidak ada lagi kluster yang aktif di Sabah,” tambahnya.


Sebanyak 95 daripada 101 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Terdapat dua (2) kes masing-masing dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5.

bottom of page