COVID-19: SABAH CATAT 132 KES BAHARU HARI INI, DUA KEMATIAN COVID-19: SABAH CATAT 132 KES BAHARU HARI INI, DUA KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 132 KES BAHARU HARI INI, DUA KEMATIAN



24 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 132 kes meningkat sebanyak 50 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,538 kes dan dua lagi kes kematian direkodkan iaitu masing-masing satu kes di Tawau dan Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, majoriti kes pada hari ini adalah berpunca dari saringan kontak rapat iaitu sebanyak 90 kes dicatatkan, 24 kes merupakan saringan bergejala, 15 kes dari kluster baharu dan sedia ada serta tiga kes dari lain-lain kategori.



“Tawau masih mencatatkan kes baharu tertinggi harian iaitu sebanyak 65 kes diikuti Sandakan (19 kes), Kota Kinabalu (16 kes), Lahad Datu (13 kes), dan Kalabakan (lima kes).


“Manakala daerah Kunak, Putatan, dan Penampang masing-masing mencatatkan empat kes positif baharu. Papar dan Keningau pula masing-masing mencatatkan satu kes.


“Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Kinabatangan, Tuaran, Kuala Penyu, Semporna, Kota Belud, Nabawan, Ranau, Kudat, Beluran, Beaufort, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu, Telupid, dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.



Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh adalah sebanyak 120 menjadikan jumlah kumulatif 55,894 orang.


Katanya, seramai 967 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 296 orang di hospital, 661 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 10 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 45 orang dan 23 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page