COVID-19: SABAH CATAT 169 KES BAHARU, TIGA KEMATIANCOVID-19: SABAH CATAT 169 KES BAHARU, TIGA KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 169 KES BAHARU, TIGA KEMATIAN


perkembangan Covid-19 di Sabah hari ini (8 Feb).

8 Feb 2021


Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 169 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 50,543 kes dan tiga kes kematian, masing-masing dua kes di Kota Kinabalu dan satu kes di Lahad Datu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 103 kes berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (23 kes), saringan kluster baharu dan sedia ada (29 kes), kluster PERKESO (empat kes dan 10 kes dari lain-lain kategori.


"Kes-kes jangkitan Covid-19 mengikut daerah ialah, Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 30 kes, Tawau (26 kes), Kalabakan (22 kes), Putatan (17 kes), Keningau (12 kes), Kinabatangan (sembilan kes).

"Lahad Datu, Papar dan Nabawan masing-masing tujuh kes, Beluran, Penampang dan Tuaran masing-masing lima kes, Tenom dan Semporna masing-masing empat kes, Kudat (tiga kes), Kota Marudu (dua kes), Sandakan, Ranau, Sipitang dan Kuala Penyu masing-masing satu kes.


"Tujuh daerah tidak mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Kunak, Kota Belud, Beaufort, Tambunan, Pitas, Telupid dan Tongod," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 264 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 48,043 orang.


Katanya, sejumlah 1,491 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 568 orang di hospital, 921 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 79 orang dan 22 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page