Covid-19: Sabah catat 2,131 kes baharu hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat 2,131 kes baharu hari ini


4 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 2,131 jangkitan baharu hari ini iaitu penyusutan sebanyak 586 kes berbanding semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 348,796 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun, berkata walaupun, berlaku penurunan kes harian pada skala yang agak besar, ancaman penularan baru masih wujud dengan mengambilkira peratusan jangkitan sporadik dalam komuniti yang amat tinggi, iaitu 69.03 peratus.


Jelas Madius, kes-kes melalui jangkitan sporadik merupakan penyumbang utama kes-kes baharu hari ini di 25 daripada 27 daerah di Sabah


“Lima daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 677 kes, Penampang 199 kes, Tuaran 145 kes, Papar 122 kes dan Kota Belud 100 kes.


“Manakala, 19 daerah lagi mencatatkan kes dua angka dan tiga daerah iaitu Semporna, Kalabakan dan Kunak masing-masing mencatatkan kes satu angka.


“Dalam pada itu, 99.39 peratus daripada jumlah keseluruhan baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, enam kes dalam Kategori 3, enam kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Bagaimanapun, sebanyak 15 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga kes di Beaufort, Keningau dan Tuaran, dua kes di Kota Kinabalu manakala masing-masing satu kes di Kota Belud, Kota Marudu, Tenom serta Kudat.


Jelas Masidi, bilangan pesakit yang sembuh ialah 3,684 termasuk yang discaj dari hospital PKRC menjadikan jumlah kumulatif 305,595 orang.


“Manakala 1,540 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,009 orang di hospital, 510 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 18 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan tiga orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 55 orang merangkumi 49 di ICU serta enam di open ward kubikel akut dan 27 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

bottom of page