top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 225 KES POSITIF BAHARU, SATU KEMATIAN



6 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 225 kes positif baharu Covid-19, hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 70,945 kes dan satu kes kematian direkodkan hari ini di Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kebanyakan jangkitan baharu hari ini diperolehi daripada Saringan Kontak Rapat (101 kes), Saringan Kluster (21 kes), Saringan Bersasar (69 kes), Saringan Bergejala (19 kes) dan Saringan Lain-lain kes (15 kes).


“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi hari ini sebanyak 70 kes. Kebanyakan kes ini berpunca daripada Saringan Bersasar iaitu sebanyak 35 kes, Saringan Kluster (18 kes) dari dua kluster iaitu Kluster Agora Borneo (17 kes) dan Kluster Jalan Kayu Madang (satu kes), Saringan Kontak Rapat (12 kes), Saringan Bergejala (tiga kes) dan Saringan Lain-lain kes (dua kes).


Masidi berkata, tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes berbanding kelmarin iaitu Beaufort 57 kes dengan peningkatan (+36) kes, Penampang 12 kes dengan peningkatan (+7) kes, Kuala Penyu empat (4) kes dengan peningkatan (+4) kes, Lahad Datu sembilan (9) kes dengan peningkatan (+4) kes, Semporna lima (5) kes dengan peningkatan (+3) kes, Kota Marudu empat (4) kes dengan peningkatan (+2) kes, dan Putatan 18 kes dengan peningkatan (+1) kes.


“Sebanyak 11 daerah mencatatkan sifar kes pada hari ini iaitu, Beluran, Telupid, Kunak, Kalabakan, Tongod, Ranau, Tuaran, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Mengenai jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh, Masidi berkata sebanyak 199 menjadikan jumlah kumulatif 68,308 orang.


“Seramai 1,672 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 392 orang di hospital, 1,158 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 123 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 55 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


bottom of page