Covid-19: Sabah catat 26 kes baharu hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat 26 kes baharu hari ini


6 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 26 kes Covid-19 baharu pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 370,875 kes.


Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata terdapat pergerakan turun naik kes harian pada skala yang kecil di banyak daerah.


Namun, tidak ada perubahan signifikan yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.


“Walau bagaimanapun, jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu telah berkurangan daripada 19 daerah semalam kepada 14 daerah sahaja hari ini.


“Dalam pada itu, tidak ada daerah yang mencatatkan kes harian dua angka,” kata Masidi.


Jelas beliau, Kota Kinabalu yang mencatatkan 11 kes semalam turun kepada 6 kes (-5) hari ini. 10 daerah mencatat peningkatan jangkitan baharu dan tujuh (7) daerah merekodkan penurunan.


“Seramai 24 orang daripada 26 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang pesakit dalam Kategori 3 dan seorang pesakit dalam Kategori 4.


“Tidak ada pesakit dalam Kategori 5 dilaporkan hari ini,” katanya.

bottom of page