COVID-19: SABAH CATAT 289 KES BAHARU, 416 KES SEMBUH, DUA KEMATIANCOVID-19: SABAH CATAT 289 KES BAHARU, 416 KES SEMBUH, DUA KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 289 KES BAHARU, 416 KES SEMBUH, DUA KEMATIAN



23 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 289 kes baharu, 416 kes sembuh dan dua kes kematian dilaporkan hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes positif baharu Covid-19 di Sabah menunjukkan sedikit penurunan berbanding kes baharu harian sebelum ini.


“Daripada jumlah keseluruhan kes di negeri ini, daerah Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 71 kes baharu, Tawau (63 kes), Lahad Datu (60 kes), Sandakan (44 kes) dan Penampang (10 kes).


“Manakala daerah Tuaran dan Semporna masing-masing sembilan kes, Pitas (tujuh kes), Kota Belud (enam kes), Putatan (empat kes), Beluran (tiga kes), Papar, Kunak dan Tambunan masing-masing satu kes.


“Daerah Keningau, Kudat, Beaufort, Kota Marudu, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Ranau, Kinabatangan, Tongod, Telupid dan Nabawan tidak mencatatkan kes baharu hari ini,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Sabah sebanyak 26,387 kes.


“Hari ini dua kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu kes di Sandakan dan Kota Kinabalu,” katanya.


Beliau berkata, seramai 2,250 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 667 orang di hospital dan 1,583 orang di PKRC.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi (ICU) ialah 75 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page