COVID-19: SABAH CATAT 295 KES BAHARU, SATU KEMATIANCOVID-19: SABAH CATAT 295 KES BAHARU, SATU KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 295 KES BAHARU, SATU KEMATIAN



27 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 295 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 47,737 kes dan satu kematian di Putatan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 211 kes berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (55 kes), saringan kluster baharu dan sedia ada (10 kes), saringan pra kemasukan wad sebanyak (enam kes).


“Hari ini dua kes kluster masuk asrama dua dan 11 kes atau 3.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes baharu Covid-19 adalah dari lain-lain kategori,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Mengenai kes jangkitan mengikut daerah, Masidi berkata, Kota Kinabalu masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 52 kes, diikuti Tawau sebanyak 47 kes, Putatan (30 kes), Penampang (22 kes), Keningau (17 kes), Kudat (16 kes), Papar (14 kes), Lahad Datu, Sandakan dan Kunak masing-masing 13 kes, Kota Marudu (10 kes).


“Tuaran (sembilan kes), Beaufort (tujuh kes), Kalabakan (enam kes), Kinabatangan dan Kuala Penyu masing-masing lima kes, Ranau, Kota Belud dan Semporna masing-masing tiga kes, Pitas, Nabawan dan Tenom masing-masing dua kes dan satu kes di Telupid.


"Sipitang, Beluran, Tambunan dan Tongod tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini.


Beliau berkata, jumlah pesakit Covid-19 sembuh pada hari ini ialah 419 orang menjadikan jumlah kumulatif sembuh 43,628 orang.


“Sejumlah 2,618 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 772 orang di hospital, 1,844 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 95 orang dan 26 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page