Covid-19: Sabah catat 3,333 kes baharuCovid-19: Sabah catat 3,333 kes baharu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat 3,333 kes baharu


9 Februari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 3,333 kes baharu Covid-19 hari ini dan ini merupakan kali pertama kes harian melepasi paras 3,000 di negeri ini dalam tempoh lima bulan.


Pekara ini diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Masidi Manjun yang juga merupakan jurucakap Covid-19 rasmi Sabah melalui ciapan Twitternya.


Jumlah jangkitan baharu ini juga merupakan lonjakan ketara daripada 2,069 kes baharu yang direkodkan semalam.


Masidi juga mendedahkan bahawa tiga lagi kluster baharu melibatkan sekolah dikesan hari ini iaitu SMK Simpangan, Paitan; SMK Bukit Garam 1, Kinabatangan; dan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, Keningau.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page