COVID-19: SABAH CATAT 303 KES BAHARU COVID-19: SABAH CATAT 303 KES BAHARU
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 303 KES BAHARU



26 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 303 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 47,442 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu sebanyak 209 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (54 kes), saringan kluster sedia ada (16 kes), saringan PERKESO (lima kes) dan 19 kes adalah dari lain-lain kategori.


Beliau berkata, daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 49 kes, diikuti Tawau (36), Lahad Datu (35), Penampang (29), Papar dan Kinabatangan sebanyak 17 kes, Kudat dan Ranau masing-masing 15 kes, Keningau (14 kes), Putatan (12 kes), Sandakan dan Tuaran masing-masing 11 kes.


"Daerah Kota Belud dan Kalabakan masing-masing tujuh kes, Kunak (enam kes), Telupid, Kuala Penyu dan Kota Marudu masing-masing empat kes, Beaufort dan Pitas masing-masing tiga kes, Nabawan (dua kes), Sipitang dan Tenom masing-masing satu kes.


"Beluran, Tambunan, Semporna dan Tongod tidak mencatatkan kes baharu hari ini," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, pada hari ini, seramai 403 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 43,209 orang.


Katanya, sejumlah 2,697 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 815 orang di hospital, 1,880 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 92 orang dan 25 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page