COVID-19: SABAH CATAT 320 KES BAHARUCOVID-19: SABAH CATAT 320 KES BAHARU
top of page
  • nabalunews

COVID-19: SABAH CATAT 320 KES BAHARU



4 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 320 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29,897 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 320 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 187 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 13 daerah.


“Manakala 36 kes daripada saringan kluster sedia ada, saringan bergejala (41 kes), saringan komuniti (30 kes) dan lain-lain kategori sebanyak 26 kes.


“Kota Kinabalu mencatatkan kes kontak rapat tertinggi (50 kes), Sandakan (42 kes) dan Penampang (26 kes),” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada jumlah keseluruhan kes baharu hari ini, Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 72 kes, Sandakan (70 kes), Penampang (45 kes), Lahad Datu (33 kes), Tuaran (28 kes), Tawau (21 kes), Putatan (17 kes), Papar dan Pitas masing-masing 10 kes.


“Kinabatangan (empat kes), Kudat, Keningau dan Kota Belud masing-masing tiga kes, Semporna (satu kes).


“Daerah Beluran, Beaufort, Tongod, Ranau, Kunak, Tambunan, Kalabakan, Tenom, Kuala Penyu, Kota Marudu, Sipitang, Telupid dan Nabawan tidak mencatatkan kes baharu hari ini.


Pada hari ini, seramai 405 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 27,046 orang. Sejumlah 1,999 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 631 orang di hospital dan 1,368 orang di PKRC.


Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 66 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page