COVID-19: SABAH CATAT 345 KES BAHARU, TIGA KES KEMATIAN HARI INI
- Wartawan Nabalu News
- Nov 21, 2020
- 1 min read

21 Nov 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 346 kes baharu dan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 346 kes positif, 127 kes atau 36.71 peratus adalah dari Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat.
“Ini berpunca dari saringan kontak rapat dan selebihnya iaitu 219 kes adalah dari lain-lain kategori,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Masidi berkata, Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 109 kes baharu, Lahad Datu (54 kes), Kudat (49 kes), Tuaran (45 kes), Sandakan (36 kes), Tawau (13 kes), Semporna (12 kes), Beluaran (tujuh kes), Papar (lima kes), Beaufort dan Putatan masing-masing tiga kes, Penampang, Kota Belud dan Kota Marudu masing-masing dua kes dan satu kes baharu daerah Pitas, Kuala Penuyu, Keningau dan Sipitang.
“Daerah Tenom, Ranau, Kunak, Kinabatangan, Tambunan, Tongod, Telupid dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini,” katanya.
Beliau berkata tiga kes kematian dicatatkan hari ini masing-masing satu kes di Keningau, Kudat dan Lahad Datu.
“Pada hari ini, seramai 369 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital. Manakala, seramai 2,373 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 645 orang di hospital dan 1,728 orang di PKRC.
“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 72 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Comments