COVID-19: LAPAN KES BAHARU HARI INI BERPUNCA DARI SARINGAN PELAJAR MASUK ASRAMA COVID-19: LAPAN KES BAHARU HARI INI BERPUNCA DARI SARINGAN PELAJAR MASUK ASRAMA
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: LAPAN KES BAHARU HARI INI BERPUNCA DARI SARINGAN PELAJAR MASUK ASRAMA



17 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan 393 kes positif baharu Covid-19, di Sabah, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 43,644 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu 222 kes (56.5%) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (74 kes), saringan kluster-kluster sedia ada (36 kes), saringan ladang (PERKESO) 21 kes, saringan pelajar masuk asrama 8 kes (2%) dan 32 kes (8.2%) adalah daripada lain-lain kategori.


Beliau berkata, daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 72 kes, diikuti Lahad Datu (65), Tawau (28), Penampang (27), Tuaran (26), Kinabatangan (25), Keningau (18), Kota Marudu (17), Sandakan (16), Papar dan Semporna masing-masing 15 kes, Kunak dan Putatan masing-masing 11 kes.


“Kota Belud dan Tambunan masing-masing lapan kes, Kalabakan dan Ranau masing-masing tujuh kes, Beaufort (enam), Nabawan (empat), Tongod dan Pitas masing-masing dua kes, Sipitang, Tenom dan Beluran masing-masing satu kes.


“Daerah Kudat, Kuala Penyu dan Telupid tidak mencatatkan kes baharu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 337 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 39,326 orang. Sejumlah 2,949 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 766 orang di hospital dan 2,185 orang di PKRC.


“Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 84 orang dan 21 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page