COVID-19: SABAH CATAT 406 KES BAHARU, TIGA KEMATIANCOVID-19: SABAH CATAT 406 KES BAHARU, TIGA KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 406 KES BAHARU, TIGA KEMATIAN



20 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 406 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menurun sebanyak 120 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 45,008 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, tiga kes kematian direkodkan hari ini, iaitu dua di Sandakan dan satu di Kota Kinabalu.


Beliau berkata, daripada 406 kes positif Covid-19, sebanyak 264 kes (65.02%) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 77 kes (18.97%), saringan kluster baharu dan sedia ada 20 kes (4.93%).


"Sebanyak tujuh kes daripada saringan pelajar masuk asrama, saringan tempat kerja enam kes dan 32 kes adalah dari lain-lain kategori," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, hari ini, seramai 416 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 40,549 orang.


Katanya, sejumlah 2,926 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 808 orang di hospital, 2,108 orang di PKRC dan 10 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 84 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page