COVID-19: SABAH CATAT 498 KESCOVID-19: SABAH CATAT 498 KES
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 498 KES



23 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 498 kes positif Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 46,360 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kebanyakan kes berpunca dari saringan kontak rapat dan 11 kes adalah saringan pelajar masuk asrama.


“Daripada 498 kes positif Covid-19, sebanyak 332 kes berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (68 kes), saringan kluster baharu dan sedia ada (29 kes), saringan PERKESO (lima), saringan pelajar masuk asrama (11) saringan komuniti (17 kes) dan 36 kes adalah dari lain-lain kategori,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daerah Lahad Datu mencatatkan kes baharu tertinggi hari ini iaitu 82 kes, diikuti Kota Kinabalu sebanyak 49 kes, Tawau (44 kes), Sandakan (34 kes) Putatan dan Beaufort masing-masing 26 kes.


“Tuaran (25 kes), Keningau (21 kes), Papar dan Ranau masing-masing 19 kes, Kinabatangan dan Penampang masing-masing 18 kes, Kota Marudu (17 kes), Semporna (15 kes), Pitas (13 kes), Kota Belud dan Kudat masing-masing 11 kes.


“Tambunan dan Kalabakan masing-masing mencatatkan sembilan kes, Telupid (lapan kes), Kunak dan Sipitang masing-masing tujuh kes, Beluran (lima kes), Kuala Penyu (empat kes) dan Tongod (satu kes).


"Daerah Nabawan dan Tenom tidak mencatatkan kes baharu,” katanya.


Mengenai jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh, Masidi berkata, seramai 434 pesakit sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 42,013 orang.


“Sejumlah 2,783 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 856 orang di hospital, 1,908 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 19 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 87 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page