Covid-19: Sabah catat 52 kes baharu hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat 52 kes baharu hari ini


24 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatatkan sebanyak 52 kes baharu Covid-19, iaitu peningkatan sebanyak Sembilan kes berbanding jumlah semalam.


Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, peningkatan jumlah harian tersebut disebabkan daerah Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan sebanyak 100 peratus.


“Kota Kinabalu mencatatkan 32 kes hari ini berbanding 16 kes kelmarin dan ini mengakibatkan jumlah jangkitan harian bagi Sabah turut sama meningkat.


“Kecuali daerah Kota Kinabalu, kedudukan jangkitan di daerah-daerah lain adalah rendah dan terkawal.


“Malah tujuh daerah merekodkan penurunan kes baharu berbanding enam daerah yang mencatat jumlah kes yang bertambah,” katanya dalam satu kenyataan.


Tambah beliau, sebanyak 14 daerah kekal dengan angka catatan sebelumnya. Manakala, sebanyak 16 daerah lagi tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.


Jelas Masidi lima daerah mencatatkan hanya satu jangkitan di daerah masing-masing, Tenom dua kes, Penampang tiga kes, Papar tiga kes dan Kuala Penyu juga tiga kes.


“Tuaran mencatatkan empat kes sama dengan jumlah kelmarin. Kota Kinabalu naik 16 kes kepada 32 kes baharu.


“Sebanyak 50 daripada 52 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, serta masing-masing satu kes baharu dalam Kategori 3 dan Kategori 5,” katanya.


Sementara itu, bilangan pesakit yang sembuh pada hari ini ialah 45 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 364,744 orang.


Dalam pada itu, seramai 185 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 183 orang di hospital dan dua orang di fasiliti swasta.


Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah lima orang iaitu empat di ICU/repurposed kritikal care dan satu orang di open ward (HDW/kubikel akut).

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page