Covid-19: Sabah catat 565 kes baharu, 16 kes kematianCovid-19: Sabah catat 565 kes baharu, 16 kes kematian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat 565 kes baharu, 16 kes kematian


26 Okt 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Sebanyak 565 kes Covid-19 baharu telah direkodkan di Sabah pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 215,079 kes. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah keseluruhan kes hari ini menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 115 kes berbanding semalam. Beliau berkata sebanyak 20 daerah menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi dan cuma tujuh daerah mencatatkan penurunan kes harian. "Lima daerah mencatatkan peningkatan yang agak tinggi iaitu Beaufort (+30) kes, Kota Marudu (+25) kes, Keningau (+19) kes, Papar (+19) kes dan Beluran (+11) kes. "Hanya dua daerah mencatatkan penurunan signifikan iaitu Kinabatangan (-27) kes dan Tawau (-12) kes," katanya di dalam satu kenyataan. Dalam pada itu, Masidi berkata jumlah kes melalui Saringan Bergejala kekal tinggi, yakni (213) kes atau 37.70 peratus daripada kes keseluruhan. "Jumlah yang tinggi ini harus menjadi peringatan sekali lagi agar semua penduduk tidak lalai dalam mematuhi semua SOP," jelasnya. Tambahnya, 96.11 peratus daripada jumlah keseluruhan kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, tiga kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5. Ujarnya lagi, seluruh daerah di Sabah juga mencatatkan perubahan angka kes positif yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (288) kes daripada Saringan Kontak Rapat. Walau bagaimanapun, sebanyak 16 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu lima kes di daerah Kota Belud, dua kes di Papar, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sandakan manakala masing-masing satu kes di Telupid, Kota Marudu serta Tawau. "Bilangan pesakit yang sembuh pada hari ini ialah 820 menjadikan jumlah kumulatif 204,633 orang. "Manakala seramai 1,787 pesakit masih sedang menerima rawatan iaitu 686 orang di hospital, 1,069 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 31 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau Penjara serta satu orang di fasiliti swasta. "Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 89 orang merangkumi 81 di ICU serta lapan di kubikel akut dan 25 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

bottom of page