Covid-19: Sabah catat 585 kes baharu, 9 kes kematianCovid-19: Sabah catat 585 kes baharu, 9 kes kematian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat 585 kes baharu, 9 kes kematian


27 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes Covid-19 di Sabah pada hari ini meningkat sedikit kepada 585 kes berbanding semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 215,664 kes.


Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata sebanyak 13 daerah mencatatkan pertambahan kes, di mana empat darinya merekodkan peningkatan yang agak ketara iaitu Kinabatangan (+25) kes, Kota Kinabalu (+15) kes, Putatan (+13) kes dan Tambunan (+11) kes.


Manakala, 12 daerah lagi mencatatkan penurunan kes dengan dua daearah iaitu Ranau dan Keningau merekodkan penurunan signifikan iaitu (-28) kes dan (-19) kes..


“Sejumlah 206 kes atau 35.21 peratus daripada kes terkumpul hari ini adalah jangkitan yang berpunca daripada Saringan Bergejala, kategori yang sinonim dengan kes sporadik. Kes-kes dalam kategori ini sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi SOP.


“Walaupun jumlah kes harian mencatatkan penambahan tetapi 97.44 peratus daripada jumlah kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Enam kes lagi dalam Kategori 3, satu kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Masidi berkata sebanyak sembilan kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes di Kudat dan Pitas, manakala masing-masing satu kes di Keningau, Kinabatangan, Kota Belud, Sandakan dan Tenom.


Tambahnya lagi, bilangan kematian tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam.


Katanya, bilangan pesakit yang sembuh pada hari ini ialah 462 menjadikan jumlah kumulatif 205,115 orang.


“Manakala 1,798 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 712 orang di hospital, 1,054 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 31 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau Penjara manakala satu orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 79 orang merangkumi 76 di ICU serta tiga di kubikel akut dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” jelasnya.


Selain itu, bilangan pesakit Kategori 4 dan 5 yang masih belum lengkap vaksin ialah 94 orang.

bottom of page