Covid-19: Sabah catat 589 kes baharu, 16 kes kematianCovid-19: Sabah catat 589 kes baharu, 16 kes kematian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat 589 kes baharu, 16 kes kematian


29 Oktober 2021

Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada hari ini adalah sebanyak 589 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 216,852 kes. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata jumlah daerah yang menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi adalah Kota Kinabalu (+16) kes, Keningau (+15) kes, Kota Marudu (+12) kes, Kudat (+12) kes, Kota Belud (+11) kes dan Penampang (+11) kes. "Hanya dua daerah yang menunjukkan penurunan ketara iaitu Ranau (-51) kes dan Beaufort (-38) kes. "Jumlah kes yang berpunca daripada Saringan Bergejala terus mencatatkan peningkatan hari ini, iaitu 41.4 peratus daripada jumlah keseluruhan. "Malah ada daerah-daerah di Sabah di mana ke-kes positif yang diperolehi melalui Saringan Bergejala melebihi 50 peratus daripada jumlah kes di daerah-daerah tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata Sabah masih mengekalkan peratusan tinggi pesakit-pesakit dalam kategori yang dianggap tidak serius. Ujarnya, lebih 97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes hari ini adalah di dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4 serta satu kes dalam Kategori 5. "Sebanyak 13 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes di Kota Kinabalu, Kinabatangan dan Tawau manakala masing-masing satu kes di Beluran, Kota Marudu, Nabawan, Kudat, Papar, Ranau dan Tenom. "Pada hari ini, bilangan pesakit yang sembuh ialah 558 menjadikan jumlah kumulatif 206,160 orang. "Manakala 1,854 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 719 orang di hospital, 1,114 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 20 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau Penjara manakala satu orang di fasiliti swasta," katanya. Masidi berkata, bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 77 orang merangkumi 73 di ICU serta empat di kubikel akut dan 23 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan

bottom of page