- Wartawan Nabalu News
COVID-19: SABAH CATAT 644 KES BAHARU, 1 NOV

1 NOVEMBER 2020
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 644 kes baharu Covid-19 daripada jumlah keseluruhan 957 kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara, pada hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 15,692 kes.
Beliau berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, seramai 658 pesakit Covid-19 di Sabah telah sembuh, pada hari ini.
“Manakala seramai 3,061 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 641 orang di hospital dan 2,420 orang di PKRC.
“Bilangan pesakit Covid-19 dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 71 orang manakala 20 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.