COVID-19: SABAH CATAT 71 KES BAHARU, DUA KES KEMATIANCOVID-19: SABAH CATAT 71 KES BAHARU, DUA KES KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 71 KES BAHARU, DUA KES KEMATIAN


8 Mac 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 71 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,557 kes. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dua kes kematian dilaporkan hari ini iaitu di Kota Kinabalu dan Keningau.

“Daerah Nabawan mencatatkan 19 kes, Kota Kinabalu (10 kes), Penampang dan Putatan masing-masing tujuh kes, Keningau (enam kes), Ranau (lima kes), Kalabakan dan Kudat masing-masing empat kes. “Tawau dan Kota Belud masing-masing dua kes, Sandakan, Tenom, Beluran, Kunak dan Pitas masing-masing satu kes. “Sebanyak 12 daerah tidak mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Kota Marudu, Papar, Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Kuala Penyu, Semporna, Sipitang, Tuaran, Tambunan, Beaufort san Tongod,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Masidi berkata, daripada 71 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 34 kes (47.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala tiga (3) kes (4.2%), saringan kluster sedia ada 26 kes (36.6%) dan lapan kes (11.3%) adalah dari lain- lain kategori.

“Jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital/ sembuh ialah 129 orang menjadikan jumlah kumulatif 52,290 orang. “Manakala, pesakit sedang menerima rawatan merangkumi 594 orang iaitu 220 orang di hospital, 372 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. “Bilangan pesakit dalam ICU ialah 25 orang dan 11 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page