Covid-19: Sabah catat 769 kes hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat 769 kes hari ini


17 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Jumlah kes harian Covid-19 di Sabah hari ini meningkat kepada 769 kes, iaitu pertambahan 61 kes berbanding semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 362,553 kes. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun, berkata sebanyak enam kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Penampang, Tuaran, Pitas, Keningau, Beaufort dan Tambunan. "Walaupun daerah Kota Kinabalu 175 (-27), Penampang 66 (-4) dan Tuaran 64 (-6) mencatatkan penurunan jumlah kes baharu, tetapi kecuali Kota Kinabalu, penurunan tersebut adalah dalam skala yang kecil dan tidak dapat mengimbangi kenaikan kes baharu di daerah-daerah lain. "Kebiasaannya kedudukan kes harian di ketiga-tiga daerah ini menjadi penentu kepada pergerakan turun-naik jumlah kes harian bagi negeri Sabah. "Hari ini daerah-daerah seperti Papar 60 (+28), Beaufort 57 (+10), Kota Belud 33 (+17), Keningau 31 (+9), Tambunan 29 (+10) dan Putatan 28 (+9) adalah antara penyumbang kepada jumlah kes yang lebih tinggi di Sabah berbanding kelmarin," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sebanyak 754 atau 98.05 peratus daripada 769 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, lima (5) kes dalam Kategori 3, empat kes dalam Kategori 4 dan enam kes dalam Kategori 5.

bottom of page