Covid-19: Sabah catat 79 kes hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat 79 kes hari ini


19 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sedikit peningkatan kes baharu Covid-19 iaitu sebanyak 79 kes hari ini berbanding semalam.


Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, angka kes harian adalah seperti yang diramal diamana ianya bergerak turun naik dalam lingkungan 60-150 kes sehari.


“Walau bagaimanapun, kadar perubahan angka di hampir semua daerah di Sabah adalah dalam skala yang kecil.


“Hari ini 16 daerah mencatatkan pertambahan kes baharu dan hanya empat (4) daerah merekodkan penurunan kes harian dengan jumlah pertambahan kes baharu bagi Negeri Sabah sebanyak 21 kes


“Kota Kinabalu kekal satu-satunya daerah di Sabah yang mencatat kes baharu dua angka (26),” katanya.


Masidi berkata, sebanyak 22 daripada 27 daerah mencatatkan kes baharu satu (1) angka dengan 16 daripada daerah-daerah tersebut merekodkan satu (1) atau dua (2) kes baharu sahaja di daerah masing-masing.


Sementara itu, seramai 72 orang daripada 79 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua (2) orang dalam Kategori 3, tiga (3) orang dalam Kategori 4 dan dua (2) orang dalam Kategori 5.


Dalam pada itu, tiada kes kematian dilaporkan hari ini.

bottom of page