COVID-19: SABAH CATAT 88 KES POSITIF HARI INI, DUA KEMATIAN COVID-19: SABAH CATAT 88 KES POSITIF HARI INI, DUA KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 88 KES POSITIF HARI INI, DUA KEMATIAN



26 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes positif baharu COVID-19 di Sabah pada hari ini adalah sebanyak 88 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,747 kes dan dua kes kematian direkodkan di Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 88 kes positif COVID-19, sebanyak 64 kes (72.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lapan kes (9.1%) saringan bergejala, lapan kes (9.1%) dari kluster baharu dan sedia ada serta lapan kes (9.1%) dari lain-lain kategori.


“Tawau masih mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 40 kes, diikuti Kalabakan (11 kes), Penampang (enam kes), Kunak, Telupid dan Sandakan pula masing-masing mencatatkan lima kes.


“Putatan merekodkan empat kes, Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Papar masing-masing mencatatkan tiga kes, Kinabatangan, Kota Belud dan Ranau masing-masing satu kes.


“Daerah-daerah lain mencatatkan sifar kes baharu pada hari ini dan daerah kekal zon hijau Covid ialah Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, pada hari ini seramai 178 pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh menjadikan jumlah kumulatif 56,165 orang.


“Seramai 938 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 285 orang di hospital, 650 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


"Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 44 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page