• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 94 KES BAHARU, 404 KES SEMBUH


Perkembangan Covid-19 di Sabah, 17 Feb 2021

17 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 94 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,655 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, empat kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua di Sandakan dan masing-masing satu kes di Tawau dan Telupid.

Beliau berkata, 13 daerah tidak mencatatkan kes baharu, iaitu Kota Belud, Kalabakan, Sipitang, Beaufort, Kinabatangan, Nabawan, Kunak, Kudat, Pitas, Telupid, Ranau, Kuala Penyu dan Tongod.


"Kota Kinabalu mencatatkan 18 kes, Lahad Datu 13 kes, Penampang dan Kota Marudu masing-masing 10 kes, Keningau (sembilan kes), Tawau (lapan kes), Tenom (tujuh kes).


“Tuaran dan Beluran masing-masing lima kes, Putatan (tiga kes), Sandakan dan Semporna masing-masing dua kes, Papar dan Tambunan masing-masing satu kes,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, daripada 94 kes positif Covid-19 sebanyak 55 kes berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (14 kes), saringan kluster sedia ada (17 kes), pra kemasukan wad / rawatan (tiga kes), saringan tempat kerja/ masuk kerja (satu kes) dan empat kes adalah dari lain-lain kategori.


“Pada hari ini seramai 404 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 50,106 orang.


“Pada hari ini, sejumlah 934 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 369 orang di hospital, 563 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 58 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.