COVID-19: SABAH CATAT 96 KES BAHARU, SATU KEMATIANCOVID-19: SABAH CATAT 96 KES BAHARU, SATU KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 96 KES BAHARU, SATU KEMATIAN


10 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 96 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif di Sabah sebanyak 58,953 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata satu kematian turut dilaporkan di Lahad Datu.


"Majoriti kes adalah berpunca dari kluster baharu dan sedia ada iaitu sebanyak 56 kes manakala sebanyak 26 kes berpunca dari saringan kontak rapat, 10 kes saringan bergejala dan selebihnya dari lain-lain kategori.


“Kalabakan mencatatkan kes tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 38 kes, diikuti Kota Kinabalu dengan 16 kes, Sandakan dan Tawau masing-masing 10 kes, Penampang, Putatan dan Keningau masing-masing empat kes, Papar (tiga kes), Lahad Datu dan Tuaran masing-masing dua kes, serta satu kes masing-masing dicatatkan di Kinabatangan, Semporna dan Kota Belud.


“Daerah-daerah yang tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini ialah Kunak, Sipitang, Beluran, Nabawan, Telupid, Kuala Penyu, Kota Marudu, Beaufort, Ranau, Kudat, Pitas, Tambunan, Tenom dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 102 pesakit telah sembuh, menjadikan jumlah kumulatif 57,770 orang.


"Seramai 594 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 235 orang di hospital dan 359 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 34 orang dan 22 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page