Covid-19: Sabah catat kes tertinggi 5,565 hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat kes tertinggi 5,565


18 Februari 2022 Oleh Wartawab Nabalu News KOTA KINABALU: Sabah terus mencatatkan sejumlah 5,565 kes Covid-19 baharu iaitu angka kes tertinggi yang pernah dicatatkan di negeri ini, menjadikan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 298,110 kes. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata ianya peningkatan sebanyak 771 kes berbanding jumlah kes semlam. Jelas beliau, daerah Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes tertinggi di Sabah hari ini dengan 1,395 kes. Jumlah ini merupakan 1/5 daripada jumlah kes seluruh Negeri Sabah. "Sejumlah 66 peratus daripada kes baharu di Kota Kinabalu adalah daripada kes bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik. "Sebanyak 12 daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Penampang 606 kes, Tawau 430 kes, Lahad Datu 398 kes, Papar 337 kes, Tuaran 320 kes, Sandakan 289 kes, Kota Belud 216 kes, Keningau 215 kes, Putatan 188 kes, Kota Marudu 164 kes, Beaufort 158 kes dan Ranau 104 kes.


"Manakala sejumlah 14 daerah mencatatkan kes dua angka," katanya dalam satu kenyataan hari ini Sementara itu, jumlah kes yang berpunca daripada jangkitan dalam komuniti atau sporadik ialah 62.43 peratus atau 3,474 daripada 5,565 kes. Tambah beliau, jangkitan dalam komuniti (sporadik) lazim tidak diketahui punca jangkitan atau di mana jangkitan berlaku dikategorikan sebagai Kes Bergejala. Kes jangkitan sporadik yang tinggi adalah petanda jelas bahawa virus ini sudah menyebar ke seluruh komuniti dan bukan lagi tertumpu di lokaliti-lokaliti tertentu.

bottom of page