• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT KES TERTINGGI DENGAN 1,199 KES BAHARU



6 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah terus mencatatkan kes positif baharu tertinggi sebanyak 1,199 kes atau 68.3 peratus daripada jumlah keseluruhan sebanyak 1,755 kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah adalah sebanyak 19,282 kes.

“Hari ini satu kes kematian dicatatkan iaitu di Sandakan. Pada hari ini juga seramai 221 pesakit Covid-19 telah sembuh.

“Manakala 3,199 pesakit lagi sedang menerima rawatan iaitu 750 orang di hospital dan 2,449 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

“Bilangan pesakit Covid-19 yang masih dalam unit rawatan rapi (ICU) ialah 70 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com