Covid-19: Sabah catat kluster baharu libatkan pelajar SM Sains Lahad Datu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat kluster baharu libatkan pelajar SM Sains Lahad Datu


23 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu melibatkan institusi pendidikan telah dikesan di dearah Lahad Datu.


Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster Jalan Segama Lahad Datu - Lahad Datu merupakan kluster institusi pendidikan yang melibatkan pelajar-pelajar SM Sains Lahad Datu terdiri dari rakan sekelas serta seasrama.


Jelas beliau, kes indeks adalah seorang lelaki, 16 tahun, warganegara dan merupakan seorang pelajar asrama di Tingkatan 4 di SM Sains Lahad Datu.


“Indeks kes mula bergejala pada 18 April dan menjalani saringan pada hari yang sama dan didapati positif.


“Saringan terhadap kontak rapat (rakan seasrama) mendapati 38 pelajar lagi telah dijangkiti

menjadikan jumlah pelajar yang positif setakat ini sebanyak 39 orang.


“Semua yang terlibat telah diasingkan dan diberikan rawatan yang selanjutnya,” katanya.

bottom of page