Covid-19: Sabah catat peningkatan 117 kes hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat peningkatan 117 kes hari ini


16 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan peningkatan jumlah kes Covid-19 baharu pada hari ini dengan 708 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 361,784 kes.


Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, trend penurunan kes harian di negeri itu terhenti apabila jumlah jangkitan baharu naik 117 kes, berbanding semalam.


“Sebanyak 15 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu dengan lima daripadanya merekodkan pertambahan yang agak besar iaitu Beaufort +30 kes, Kota Kinabalu +28 kes, Penampang +28 kes, Tuaran +24 kes dan Tawau +23 kes.


“Sebagai peringatan, peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi, hampir 64 peratus daripada kes keseluruhan.


“Seperti yang dinyatakan sebelum ini pergerakan turun-naik jumlah kes harian dibeberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran banyak mempengaruhi jumlah kes harian di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ujar Masidi, walaupun 11 daerah mencatatkan penurunan kes hari ini, tetapi penurunan tersebut adalah pada jumlah yang kecil dan tidak dapat mengimbangi jumlah penambahan kes baharu di 15 daerah khususnya di lima daerah yang mencatatkan penambahan kes baharu yang tinggi.


Sementara itu, satu lagi kluster institusi pendidikan ditamatkan hari ini, iaitu Kluster Jalan Sokid di Ranau. Dengan penamatan ini masih ada 21 kluster yang masih aktif di Sabah.


“Sebanyak 693 atau 97.88 peratus daripada 708 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan lima kes dalam Kategori 5.


“Manakala Sebanyak lima kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes di daerah Kota Belud dan masing-masing satu kes di Penampang, Tenom serta Tuaran,” katanya.

bottom of page