Covid-19: Sabah catat penurunan drastik, 426 kes hari iniCovid-19: Sabah catat penurunan drastik, 426 kes hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat penurunan drastik, 426 kes hari ini


20 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah sekali lagi mencatatkan penurunan kes Covid-19 yang agak drastik iaitu 426 kes, pengurangan 269 kes berbanding angka kelmarin.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Sabah pada hari ini sebanyak 211,678 kes.


Ujarnya lagi, seluruh daerah kini telah merkodkan kes di bawah paras 50 kes, di mana hanya lima daerah yang mencatatkan peningkatan kes pada jumlah kecil atau sederhana.


“Antara daerah yang mencatatkan penurunan ketara ialah Kota Belud -78 kes, Kudat -44 kes, Beaufort -32 kes, Tenom -21 kes, Keningau -14 kes, Tuaran -14 kes dan Tawau -14 kes.


“Daripada jumlah kes keseluruhan, hanya 266 kes atau 62.43 peratus merupakan kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu. Selebihnya adalah kes-kes yang didaftar lewat melebihi dua hari ke atas setelah keputusan saringan diketahui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sementara itu, Masidi berkata sebanyak 96.48 peratus adalah merupakan kes dalam Kategori 1 dan 2, yang lazimnya hanya memerlukan rawatan dan penilaian di rumah atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) sahaja.


Manakala, bagi Kategori 3 hanya satu kes dilaporkan, empat kes dalam Kategori 4 dan dua kes dalam Kategori 5.


“Walau bagaimanapun, sebanyak 10 kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu tiga kes di Keningau manakala Kudat, Sipitang, Pitas, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Beluran dan Nabawan masing-masing mencatatkan satu kes kematian.


Selain itu, bilangan pesakit yang sembuh pada hari ini ialah 905 termasuk yang discaj dari hospital atau PKRC menjadikan jumlah kumulatif kepada 200,925 orang.


“Manakala 2,059 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 784 orang di hospital, 1,247 orang di PKRC, 26 orang di Pusat Tahanan Sementara atau Penjara manakala dua orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 100 orang merangkumi 96 di ICU serta empat di open ward kubikel akut dan 34 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” ujar beliau.


Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.



bottom of page