Covid-19: Sabah catat penurunan kes di bawah paras 1,000 hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah catat penurunan kes di bawah paras 1,000 hari ini


12 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah kini mencatatkan angka jangkitan Covid-19 baharu di bawah paras 1,000 hari ini, dengan 796 kes, iaitu penurunan sebanyak 380 kes berbanding semalam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kali terakhir Sabah mencatatkan kes di bawah paras 1,000 kes ialah pada 4 Februari.


“Sejumlah 15 daerah mencatatkan penurunan hari ini dengan beberapa daerah merekodkan angka penurunan yang banyak.


“Antaranya ialah Kota Kinabalu (-179 kes), Penampang (-78 kes), Tenom (-25 kes) dan Tuaran (-24 kes). Hanya lapan daerah mencatatkan peningkatan kes dan empat daerah kekal sebagaimana catatan semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambah Masidi, tiga kluster diisytiharkan tamat har ini dengan dua daripadanya melibatkan kluster institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Taman Beringin, Kota Marudu dan Kluster Madai Dua, Kunak, manakala satu kluster lagi adalah kluster komuniti iaitu Kluster Kg. Weston, Beaufort.


Menurut beliau, jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah 26 kluster.


“Secara keseluruhan, hanya dua daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 177 kes dan Tuaran 102 kes.


“Sejumlah 15 daerah mencatatkan kes dua angka sementara jumlah daerah yang mencatatkan kes satu angka ialah 10 daerah.


“Walaupun jumlah daerah yang mencatatkan kes tiga dan dua angka telah berkurangan serta angka jangkitan yang lebih rendah di kebanyakan daerah tetapi perlu ambil perhatian bahawa peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu hampir 65 peratus.


Sementara itu, sebanyak 779 atau 97.86 peratus daripada 796 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan empat kes dalam Kategori 5.


Bagaimanapun, dua kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Beaufort.


bottom of page