Covid-19: Sabah dalam fasa stabil
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah dalam fasa stabil



8 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah kini berada dalam fasa stabil dengan jumlah kes harian dalam lingkungan angka 200 kes sahaja.


Bagaimanapun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak lupa kerana peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi.


“Hari ini sahaja 68 peratus jangkitan sporadik,” katanya dalam kenyataan media, hari ini,


Masidi berkata, secara keseluruhannya jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini sebanyak 172 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 368,954 kes. Tiada kes kematian dilaporkan.


“Jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan kes baharu adalah seimbang, masing-masing 12 daerah, manakala tiga daerah lagi kekal sebagaimana catatan semalam.


“Perubahan jumlah jangkitan harian di hampir semua daerah di Sabah adalah pada kadar satu angka sahaja kecuali Kota Kinabalu (+17 kes) dan Penampang (-15 kes),” katanya.


Beliau berkata, sebanyak 164 daripada 172 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Lima kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.


Masidi berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 205 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 353,668 orang.


“Manakala 237 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 223 orang di hospital, 14 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 24 orang merangkumi 22 di ICU/repurposed kritikal care serta dua di open ward (HDW/kubikel akut) dan 10 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page