Covid-19: Sabah kembali catat jumlah kes tiga angka
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah kembali catat jumlah kes tiga angka


12 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan Covid-19 baharu di Sabah kembali meningkat kepada tiga angka hari ini dengan 150 kes, iaitu pertambahan 85 kes berbanding jumlah semalam.


Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata ini menjadikan jumlah kes kumulatif di negeri itu sebanyak 369,399 kes.


Beliau berkata, beberapa daerah telah merekodkan pertambahan kes-kes baharu yang agak tinggi.


“Antaranya, Beaufort +25 kes, Sandakan +14 kes, Kota Kinabalu +12 kes dan Penampang +9 kes.


“Kadar penurunan kes di kalangan daerah-daerah yang mencatatkan penurunan pula adalah kecil,” katanya.


Sementara itu, satu lagi kes kematian disebabkan virus tersebut dilaporkan hari ini iaitu di daerah Kunak.


Ujar Masidi, jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan kes baharu bertambah kepada 17 daerah berbanding lapan daerah yang mencatat kes baharu yang lebih rendah.


“Jumlah daerah yang mencatat kes dua angka juga bertambah daripada satu daerah kelmarin kepada empat daerah hari ini.


“Hanya empat daerah tidak mencatat sebarang kes baharu hari ini berbanding 10 daerah semalam,” katanya.


Dalam pada itu, sebanyak 145 daripada 150 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3 dan masing-masing dua (2) kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5

bottom of page