COVID-19: SABAH KEMBALI CATAT KES BAHARU TERTINGGI HARI INICOVID-19: SABAH KEMBALI CATAT KES BAHARU TERTINGGI HARI INI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH KEMBALI CATAT KES BAHARU TERTINGGI HARI INI


28 NOV 2020

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu COVID-19, di Sabah, hari ini sebanyak 476 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 28,155 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 258 kes atau 54.20 peratus adalah berpunca dari empat kluster baharu dan tujuh kluster sedia ada.

“Kluster baharu dikenali sebagai Kluster Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga Sandakan mencatatkan 99 kes, Kluster Jesselton Kota Kinabalu (53 kes), Kluster Dermaga Sandakan (17 kes) dan Kluster Tampasuk Kota Belud sebanyak tujuh kes.

“Kluster sedia ada iaitu Kluster Sutera Kota Kinabalu mencatatkan 53 kes, Kluster Ria 30 Tuaran (12 kes), Kluster Sabaru Lahad Datu (10 kes), Kluster Tinusa Sandakan (tujuh kes), Kluster Dialisis Lahad Datu (empat kes), Kluster Rumah Merah Kota Kinabalu (dua kes) dan Kluster Jalan Tuaran Kota Kinabalu mencatatkan tiga kes baharu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, daripada jumlah keseluruhan kes baharu hari ini, Sandakan mencatatkan kes tertinggi dengan 176 kes, diikuti Kota Kinabalu (151 kes), Lahad Datu (71 kes), Tuaran (17 kes), Penampang (14 kes), Kota Belud (13 kes).

“Daerah Tawau pula mencatatkan lapan kes, Semporna dan Beluran masing-masing enam kes, Putatan dan Pitas masing-masing empat kes, Papar (dua kes), Tambunan (dua kes), Beaufort (satu kes) dan Ranau (satu kes).,” katanya.

Beliau berkata, Sandakan mencatatkan kes tertinggi pada hari ini iaitu 176 kes (36.97 peratus).

“Daripada jumlah tersebut, 99 kes adalah daripada Kluster PTS Sibuga, 17 kes daripada Kluster Dermaga dan tujuh kes daripada Kluster Tinusa. Manakala saringan kontak rapat (36 kes), saringan bergejala (lapan kes), saringan komuniti (tujuh kes) saringan sebelum kerja (satu kes) dan saringan sign on (satu kes).

“Daerah Kota Kinabalu pula, mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 151 kes (31.72 peratus) iaitu berpunca dari Kluster Jesselton (44 kes), Kluster Sutera (53 kes) dan Kluster Rumah Merah (2 kes).

“Manakala bakinya adalah dari saringan kontak rapat (35 kes), saringan bergejala (sembilan kes), saringan komuniti (dua kes), saringan pra kemasukan wad (dua kes), saringan kendiri (dua kes), saringan pra pekerjaan (satu kes) dan saringan tempat kerja (satu kes),” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page