COVID-19:SABAH MENCATATKAN 160 KES BAHARU PADA HARI INI, DUA KES KEMATIANCOVID-19:SABAH MENCATATKAN 160 KES BAHARU PADA HARI INI, DUA KES KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19:SABAH MENCATATKAN 160 KES BAHARU PADA HARI INI, DUA KES KEMATIAN



19 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes Covid-19 di Sabah kembali kepada tiga angka dengan 160 kes, iaitu peningkatan sebanyak 65 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 59,664 kes pada hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, terdapat dua kes kematian direkodkan hari ini di Kunak dan Sandakan.



Menurut Masidi, peningkatan secara mendadak itu berpunca daripada saringan kontak rapat dan kluster baharu dan sedia ada yang masing-masing mencatatkan 70 kes dan 65 kes. Manakala 23 kes lagi adalah dari saringan bergejala dan lima kes dari lain-lain kategori.


“Tawau terus merekodkan kes positif tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 54 kes, diikuti Lahad Datu dengan 29 kes, Kota Kinabalu dan Papar masing-masing sebanyak 16 kes, Kuala Penyu (10 kes), Semporna (lapan kes), Kunak (enam kes).


Manakala Putatan dan Kinabatangan masing-masing sebanyak empat kes, Kalabakan, Penampang dan Sandakan masing-masing tiga kes, Kota Belud dengan dua kes, serta satu kes dicatatkan di Beaufort dan Keningau.



“Daerah-daerah yang tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini ialah Tuaran, Kota Marudu, Ranau, Sipitang Tenom, Kudat, Nabawan, Tambunan, Pitas, Beluran, Telupid dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 68 orang pesakit telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif discaj dari hospital atau sembuh sebanyak 58,499 orang.

"Sebanyak 566 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 268 orang di hospital dan 298 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 41 orang dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page