COVID 19: SABAH MENCATATKAN 160 KES POSITIF BAHARU, TIGA KEMATIANCOVID 19: SABAH MENCATATKAN 160 KES POSITIF BAHARU, TIGA KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID 19: SABAH MENCATATKAN 160 KES POSITIF BAHARU, TIGA KEMATIAN



22 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 160 kes baharu Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,324 kes dan tiga kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua kes di daerah Tawau dan satu di Putatan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, 62 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 25 kes saringan bergejala, 62 kes dari kluster sedia ada serta 11 kes dari lain-lain kategori.



“Tawau kembali mencatatkan kes baharu tertinggi pada hari ini iaitu dengan 65 kes diikuti oleh Kota Kinabalu (42 kes), Kinabatangan (16 kes), Lahad Datu (15 kes). Sandakan, Tuaran dan Penampang masing-masing mencatatkan empat kes.


“Manakala daerah Kunak dan Papar mencatatkan tiga kes positif baharu, Putatan sebanyak dua kes, serta satu kes dicatatkan di Kuala Penyu dan Keningau.


“Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Semporna, Kota Belud, Kalabakan, Nabawan, Ranau, Kudat, Beluran, Beaufort, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu, Telupid, dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.



Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh adalah sebanyak 159 orang menjadikan jumlah kumulatif 55,590 orang.


Katanya, seramai 994 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 317 orang di hospital, 662 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 15 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.



bottom of page