COVID-19: SABAH MENCATATKAN 95 KES POSITIF BAHARU, MENINGKAT 35 KES BERBANDING KELMARINCOVID-19: SABAH MENCATATKAN 95 KES POSITIF BAHARU, MENINGKAT 35 KES BERBANDING KELMARIN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH MENCATATKAN 95 KES POSITIF BAHARU, MENINGKAT 35 KES BERBANDING KELMARIN



18 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 95 kes positif Covid-19 pada hari ini, meningkat sebanyak 35 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 59,504 dan tiada kes kematian dicatatkan pada hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, majoriti kes pada hari ini berpunca daripada saringan kontak rapat iaitu sebanyak 50 kes direkodkan, diikuti saringan bergejala dengan 21 kes, kluster sedia ada dengan 13 kes, dan 11 kes dari lain-lain kategori.



“Tawau masih merekodkan kes positif tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 28 kes, diikuti Kunak (12 kes), Kota Kinabalu (10 kes), Putatan (tujuh kes), Semporna (enam kes), Lahad Datu, Papar, Keningau dan Tuaran masing-masing dengan lima kes, Kalabakan, Penampang, dan Kinabatangan masing-masing dengan tiga kes, Sandakan dengan dua kes serta satu kes dicatatkan di Beaufort.


“Daerah-daerah yang tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini ialah Kota Belud, Ranau, Sipitang Tenom, Beluran, Telupid, Tongod, Kudat, Pitas, Kuala Penyu, Nabawan dan Tambunan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 111 pesakit telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif discaj dari hospital atau sembuh sebanyak 58,431 orang.


"Sebanyak 511 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 249 orang di hospital dan 262 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 38 orang dan 23 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.



bottom of page