Covid-19: Sabah rekod 1,291 kes baharu, 14 kematianCovid-19: Sabah rekod 1,291 kes baharu, 14 kematian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah rekod 1,291 kes baharu, 14 kematian



21 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINBALU: Sabah merekodkan sedikit peningkatan kes baharu Covid-19 hari ini iaitu sebanyak 1,291 kes menjadikan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 188,123 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah kes kematian yang direkodkan hari ini juga telah menurun kepada 14 kes.


“Daripada jumlah keseluruhan kes kematian tersebut, empat kes di Kota Kinabalu, tiga kes di Tawau manakala Kunak, Kota Marudu, Penampang, Keningau, Kudat, Tuaran dan Nabawan masing-masing mencatatkan satu kes,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Menurut Masidi, berdasarkan pecahan kes mengikut daerah hanya dua daerah sahaja yang merekodkan jumlah kes melebihi 100 iatu Kota Kinabalu (148 kes) dan Lahad Datu (107 kes).


Manakala daerah lain pula, merekodkan jumlah kes di bawah 100 dengan angka terendah di Kuala Penyu (enam kes) dan Kalabakan (lima kes).


“Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada keseluruhan kes hari ini iaitu sebanyak 752 kes, diikuti saringan bergejala sebanyak 415 kes, saringan kluster (sembilan kes), saringan bersasar (enam kes) dan saringan lain-lain (109 kes).


"Kategori 2 masih kumpulan terbesar pesakit, iaitu dengan 1,024 kes, diikuti Kategori 1 sebanyak 207 kes, Kategori 3 sebanyak empat kes, Kategori 4 (enam kes) dan Kategori 5 (lima kes).


“Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh hari ini pula adalah sebanyak 1,837 orang menjadikan jumlah kumulatif 164,380 orang,” katanya.


Tambah Masidi, seramai 3,888 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,311 orang di hospital, 2,499 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 70 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala lapan orang di fasiliti swasta.

“Sehingga hari ini, seramai 158 orang pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal dengan 68 orang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page