Covid-19: Sabah rekod 502 kes baharu, 4 kematianCovid-19: Sabah rekod 502 kes baharu, 4 kematian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah rekod 502 kes baharu, 4 kematian


24 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah pada hari ini, mencatatkan penurunan kes Covid-19 sebanyak 502 kes, iaitu penurunan 90 kes berbanding angka kes semalam.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata daripada jumlah kes hari ini, 223 kes adalah kes-kes yang lewat didaftar dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui.

“Kes-kes baharu yang diperolehi melalui saringan bergejala masih tinggi, 179 kes atau 35.7 peratus daripada jumlah kes yang direkodkan.

“Perlonggaran pelbagai sekatan serta tahap pematuhan SOP dikalangan masyarakat yang semakin menurun kemungkinan besar menyumbang kepada kes-kes bergejala atau kes-kes sporadik yang tinggi,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, hampir 97 peratus kes adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.

Manakala jumlah kes dalam Kategori 3 ialah lima kes, Kategori 4, tiga kes dan Kategori 5, satu kes.

“Sebanyak empat kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes di daerah Tenom dan masing-masing satu kes di Sandakan dan Keningau.

“Bilangan pesakit sembuh pada hari ini ialah 575 menjadikan jumlah kumulatif 203,265 orang. Manakala 1,880 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 741 orang di hospital, 1,114 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 22 orang di Pusat Tahanan Sementara atau Penjara manakala tiga orang di fasiliti swasta.

Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 85 orang merangkumi 77 di ICU serta lapan di kubikel akut dan 22 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

bottom of page