Covid-19: Sabah rekod penurunan kes di bawah paras 400 Covid-19: Sabah rekod penurunan kes di bawah paras 400
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah rekod penurunan kes di bawah paras 400


1 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan penurunan kes Covid-19 yang agak drastik dengan 393 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata hampir semua daerah menunjukan keadaan yang terkawal walaupun terdapat pertambahan dalam jumlah yang kecil dibeberapa daerah.


Selain, daerah Kota Kinabalu, jumlah kes harian di daerah-daerah lain di Sabah adalah di bawah paras 50 kes, dengan 12 daerah mencatat kurang daripada 10 kes. Malah tidak ada kes baharu yang dilaporkan di tiga daerah.


“Daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, 45.5 peratus atau 179 kes adalah kes-kes yang didaftar lewat dua hingga lima hari selepas keputusan saringan diketahui.


“Kes-kes baharu yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu berjumlah 214 kes, yakni 54.5 peratus daripada jumlah kes keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambah Masidi, kes-kes jangkitan yang dianggap serius masi di paras rendah.


Bagi kes dalam Kategori 3, jumlahnya adalah lima, Kategori 4, dua kes dan Kategori 5, tiga kes.


“Kebanyakan kes jangkitan adalah dalam Kategori 2 iaitu 320 kes atau 81.4 peratus dan Kategori 1, 60 kes atau 15.3 peratus. Tiga kes lagi masih dalam siasatan JKNS,” ujarnya.


Beliau berkata, sebanyak tujuh kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes di Tawau manakala masing-masing satu kes di Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kuala Penyu, Kudat, dan Lahad Datu.


“Bilangan pesakit yang sembuh pada hari ini ialah 602 termasuk yang discaj dari hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC)menjadikan jumlah kumulatif 207,601 orang.


“Manakala sebanyak 1,867 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 747 orang di hospital, 1,103 orang di PKRC, 16 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau Penjara dan satu orang di fasiliti swasta.


Jelas Masidi lagi, bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal pada setakat hari ini ialah 83 orang merangkumi 80 di ICU serta tiga kubikel akut dan 23 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.


Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 95 orang.

bottom of page